Sunday, July 12, 2009

Semoga Berjaya

wahai para insan yang bijaksana,
kami di sini amat mengagumi kalian,
sudah lama kami perhatikan,
sudah lama kami nantikan,
sudah juga bosan dengan mereka,
sudah juga muak dan jelik dengan perangai mereka,
merobek hati makhluk Allah yang bernama manusia,
mengaburi mata jiwa dengan bertopengkan harta dunia,

gunakanlah akalmu yang bijak itu,
aturkanlah langkahmu,
kuatkan asasmu,
jangan sesekali pincangkan rantaianmu,
jangan biarkan kami keliru,

tak usah terburu-buru,
susun satu persatu,
bukan kemenangan besar yang kami mahukan,
tapi kekalahan kecil buat mereka sudah cukup bermakna,
ini kerana kami tahu,
kejujuran kalian tidak seperti dusta dan fitnah yang mereka lemparkan,

kami akan sentiasa doakan yang terbaik untuk semua...
SEMOGA BERJAYA...INSYALLAH.

No comments:

Post a Comment