masih lagi di sini dan bernafas,
senyum keseorangan + bosan...campuran nikotin dan tar dilayan seadanya, perlahan-lahan disedut dan dihembus, perlahan-lahan juga asapnya berterbangan,berterbangan keluar melalui tingkap ku yang tak berlangsir ini...bila agaknya bolehku hentikan tabiat buruk ini...sudah berkali-kali ku cuba..namun masih belum kecapi kejayaannya..mungkin nanti..??
sungguh sunyi...kenapa dan mengapa sungguh sunyi ketika ini??..oh..sudah pukul 3 pagi rupanya.....kosong...hambar...kusut..lapar......emosi bercampur baur...ingin sekali ku pejam mata di saat ini, di waktu ini, ingin sekali ku rasakan nikmat tidur, seperti insan yang lain,tetapi mengapa mata ini seperti tidak mengizinkannya..shittt..adakah penyakit lamaku datang kembali..atau aku cuma penat yang terlampau amat..??INSOMNIA...memang jelas keseksaannya..hanya yang pernah mengalaminya saja tahu betapa peritnya ujian Tuhan ini....Masyaallah..tak perlu sebulan, dua minggu mengalaminya pun sudah cukup untuk membuatkan kamu insaf, berfikir dan bersyukur di atas nikmat tidur yang Allah anugerahkan selama ini...Ya Tuhan, sungguh besar kuasaMu..siapalah aku untuk berasa bongkak dengan kesihatanku, siapalah aku untuk berlagak angkuh dengan rezekiMu, siapalah aku untuk berlaku sombong sesama insan yang lain, sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa, Engkaulah Yang HAK, Engkaulah Yang Mutlak ke atas kesekian alam ini...setiap nikmat yang ku rasakan hari ini sesungguh dariMu Ya Tuhanku...mengapa..??mengapa kita mudah terlupa dan terlena, terleka lantas menjadi insan terhina disisiNya..mungkin ini yang dinamakan lumrah alam yang diperkatakan selama ini, apabila susah kita beringat, apabila senang kita lupa..lupa Tuhan, lupa diri, lupa apa itu dosa, lupa segala-galanya...mungkin benar apa yang mereka katakan..manusia mudah lalai..dan MELAYU mudah lupa..lihat saja hari ini..kerana lalaian dan kealpaan segolongan manusia, khazanah bumi dirobek menjadi mangsa, kerana kebodohan dan keangkuhan segolongan manusia kita ditimpa bencana dan kerana rasa bongkak gila kuasanya manusia, nasib rakyat yang sepatutnya terbela diabaikan begitu saja....sudah bertahun lamanya situasi dan keadaan tidak sihat ini berterusan tanpa disekat seperti direla....akan terus berterusan untuk berabad lamanya..ahh..biarkan saja mereka..atau perlukah sesuatu dilakukan..??jika perlu..siapakah dan pihak manakah yang perlu menegur golongan manusia ini..??..ahh..biarkan saja..
yang ku tahu, ku tak mahu menjadi golongan manusia seperti itu, ingin sekali aku menjadi insan yang berguna, insan yang beringat dan tidak mudah lupa, insan yang senyum bile ditertawa, insan yang sabar bila dicaci, insan yang redha bila diuji..Ya Allah, hanya padaMu ku pohon agar hidupku ini diberkati.....Aminnn

menikam kalbu la first entry brader nih...wa caya sama lu la bro!!!hahaha!!!
ReplyDeleteYa Allahh..permudah kan lah niatnyaa untuk berhenti menghisap campuran nikotin dan tar itu.:)
ReplyDelete