Tuesday, November 6, 2012

lalalalala..

tidak ada kesedihan dan duka yang abadi,
tidak ada derita yang menemani selamanya,
hari ini akan berakhir, siang akan bertukar malam,
malam bertukar siang,
hidup ini akan dijalani,
untuk hari seterusnya.

tangis dan tawa akan kembali,
mengiringi hidup dan diri,
semuanya akan berpusing kembali.

andai kita ingat, apa maksud kita di sini,
ada di sini untuk kembali,
kembali kepada-Nya.

andai masa dapat diputarkan,
agar masa lalu bisa ditebus,
akan sujud selalu, menyucikan hati,
tapi sayang, semua itu hanya mimpi.
saat tak akan berulang.
tak akan.


segala yang ada, dan segala yang terjadi,
adalah yang terbaik untuk kita.
untuk semua.



Friday, October 12, 2012

Cahaya

kelam di dunia ini akan hilang sampai waktunya,
pada masa itu, semuanya akan berkilau seperti perak dan menerangi setiap pelosok bumi,
terang benderang.
semua akan pulih seperti sedia kala,
seperti waktu di mana kita semua telah lupakan.

sang pencerah jiwa. satu cahaya. terang kamu datang.
kami tunggu.


Friday, October 5, 2012

Wednesday, October 3, 2012

E520 | Indonesia

Hidup dulu seperti ini,
Bebas ke sana ke mari.

best.












Arina + Harith + Haikal





Saturday, September 22, 2012

Beautiful

You are beautiful.Yes, you are.












Wednesday, August 29, 2012

Selamat Hari Merdeka

This is England.

Harus tidak sama dengan This is Malaysia.

This is England.
Malaysia bukanlah England.

Tulis di sini, tentang cerita,filem,pengayaan.
This is England.
Hasil sebuah pengalaman kehidupan manusia.

This is England. Cara mereka. Pemikiran mereka.
Jangan berkecil hati.
Mereka England.Bukan MALAYSIA.





Friday, July 27, 2012

Hina

Aku terpikir.
Aku hina disisimu Ya Allah.


Saturday, July 7, 2012

Sleep is gud for u..haishh

suatu hari yg tenang.
tatkala kicau burung memecah hening,
angin bayu membelah halus,
cahaya terang memantul silau.

datang  insan digelar manusia;
menyapa lembut tanpa diminta,
bicara dimula disambut kata.

disambung bicara hal semasa.
sembang bagus bak buletin utama,
--senyum--

tiba2 datang rasa,
seperti sesuatu yg tidak kena,
ntah kenapa jiwa ini bergelora,
rasa menyampah pun dah bermula.

lalu suasana menjadi bahana,
ya bahana,
bahana berulang bertalu-talu,
dihembus lantang mengikut nafsu,

dgn lagak gaya seorang ketua cawangan,
saling tk tumpang macm bajingan,
bukan sengaja aku katakan,
tapi serius mcm bajingan..serius.

drama pun bermula.

pendekkan cerita...

dimaki sekali, senyum.
dimaki lagi, senyum lagi.
dimaki lagi, maki je balik.
suke2 lu nak maki2,maki aku lu tak kire.

dong..
ketua cawangan pon pergi..basuh berak sendirik.

tak suke dimaki.
dan memaki. betol.

dan,
lori pon dtg dr arah kedai mydin,
---berhenti--salam--jalan--
lalu hamzah berkata "suatu masa nanti, semua org akan dtg sini beli roti"

sepi
............

15 minit kemudian, hamzah mengatur langkah ke tutti fruti.
hilang...

tertinggal. seorang.
hembus.habis.padam.
jalan.ke depan. ya ke depan. harus ke depan.
sampai bila-bila.


............

jangan hisap candu.
nanti anda berkhayal tak tentu hala.





Friday, July 6, 2012

Aku tgh lapar


Kebodohan harus dikongsi. Agar tidak seorang diri.


Laungan hati di negara jiran


Nasi goreng. Sedap.


Dalam van ada asap.


Masih menunggu.



Thursday, July 5, 2012

Analogue in digital world

life is to be made by you
life will be great.by you
dim of lights that shared in one good moment.
joy. in a heart of a boy. 

Thursday, June 28, 2012

kerana apa

kerja kerana apa? giler hidup ini penuh kontroversi. giler hidup ini penuh emosi. penuh rasa babi. happy? lapan tahun dulu lu takde nak pikir lu nak buat ape hari ini.kan? lapan tahun dulu lu selamber dek x mandi 3-4 hari. lapan tahun dulu lu duit lu tkdak pon lu hepi.boley senyum nampak gigi. lapan tahun dulu.dulu. bangsat.dulu lain citer la bai. skarang lain.bangsatnya lain jenis.x sebangsat dulu. skarang bangsat dah berjenis-jenis. 2-3 jenis. sekali datang berpasangan pun ade. bangsat2 ni lu kene handle sendirik. bukan boleh suh org handlekan. x boley bai. x boley. sebab ni hidup lu. lu kene ingat.bangsat2 ni wujud pon sebab lu sendirik. yes. sebab lu.jgn lupe. jangan nak mengada kate lu ni best sgt sampai bangsat sendirik lu tk ngaku.puihh.. hidup lu.dan bangsat2 lu. sampai lu mampos. handle with care. fikir.cara.bagaimana. cari.dan cium dipipi. senyum... dicium pon, aku senyum. hahaha.. knapa bangsat sangat blog nih. knapa aku berasa bangsat. adakah bangsat ini sememangnya bangsat. bangsat sungguh. knapa. bangsatkah aku? bangsatkah. bangsat lohhhhh.. hidup lu sorang. bukan sorang-sorang. lagi. senyum lagi.

Tuesday, April 24, 2012

Baik untuk aku, kau dan semua.

mencari sesuatu yang baik untuk dinilai.. kerap kali melihat namun malu untuk memberi bicara fikiran, malu untuk bercerita kebaikan, malu untuk bersemuka kebenaran, malu untuk berasa malu. kadang-kadang, sampai masa, sampai waktu, sampai seru, kamu yang baik untuk aku, aku tahu kau tahu, kau pun tahu aku tahu, namun semua benda bukan kita tahu, semua benda bukan milik kau dan aku, itu pun kau tahu. perlu pandai mencari titik tolak, agar sama rata kita semua, perlu dijaga ramai jiwa, perlu dijaga ramai minda, perlu dijaga semua, perlu. jangan ingat perkara senang sedangkan susah pasti mendatang, jangan susah perkara susah, agar senang kau menghelah, jangan jatuh sebelum berdiri, jangan jatuh selepas bertiang seri. ada lagi hati untuk semua, jangan diingat kite dilupa, kau dan aku, dan semua. Terima Kasih Taulan.