Wednesday, June 16, 2010

Posted by Picasa

farhan


satu budak ambil gambar,
satu budak duduk diam,
satu budak senyum,
satu budak diam,
satu budak ketawa,
satu budak suka-suka.

si FARHAN. Kazen aku.
Jeans biru sudah tua,
Jeans biru sudah lemah,
Jeans biru sudah lusuh,
Jeans biru sudah tua.

Tuesday, June 15, 2010

malam

melihat kamu tidur,
aku berasa amat tenang,

melihat kamu tidur,
aku tersenyum sorang-sorang,

melihat kamu tidur,
rasa sakit pun hilang,

melihat kamu tidur,
aku pun rase nak tidur,

hehehe..

selamat malam.

Thursday, June 10, 2010

amin.

Gaza.

Doa kami bersama kalian..

Musnahlah kamo Zionis setanirojimm..!!
Ptuihh...
kakiku kaku kelu
simpan hati
gigit jari
senyap.

kakuku kakiku
keras dan panas
pandangmu ayu
senyum.

mungkin,
senyum lagi.
senyum.
senyum.

Thursday, May 27, 2010

Tuesday, May 11, 2010

Bunga


Bunga ini kecil.
Bunga ini tak seberapa.
Bunga ini biasa sahaja.
Namun bagi saya bunga ini sangat cantik.

Nah..Bunga ini untuk kamu.

Monday, May 10, 2010

Tuesday, April 6, 2010

Suke hati


perkara yang satu ini
tidak boleh terus begini
nanti makan hati
nanti makan diri

habis bagaimana?
sudah difikir
sudah dikaji
tiada jawapan
buntu.

biarkanlah
tunggu dan lihat
sampai mana ini muslihat
jgn sampai jadi musibat.
asalkan aku kuat
jgn sampai jadi jahat.

lindung aku
tunjukkan aku
jaga aku
aku pohon.

agar hidup dan mati ku disini
bermakna untuk mereka semua.

AMIN.

Wednesday, March 17, 2010

ini hari

setiap pagi semuanya sama.
rutin yang sama.

mereka yang sama.
tidak bosankah mereka?

jalan yang sama.

waktu yang sama.

nasib diri yang ingin dibela,
demi masa dihari tua.

syukurnya kita hari ini masih ada.
masih sempat berbicara,

tentang mereka dan kita. kita..?

jauhkah lagi perjalanan ini.

tiada siapa yang tahu melainkan Dia.

jgn sesekali engkau persoalkan.

kerana semuanya sudah tersurat.muktamad.


teruskan saja dengan hati yg besar.
diri yg rendah.azam yang tinggi.
cekal.tabah.redha.
kerana kau sendiri pun tahu kemana arah tuju akhirnya perjalanan ini.


huh..hari ini yang sama,

mana mungkin jadi esok yang sama.

esok yang sama.
mana mungkin jadi lusa yang sama.

kerana kita hidup berbeza-beza.

demi Dia.jangan kau lupa....